Tuesday, 26 March 2013

AMALI 13

AMALI 13
Soalan amali 13:Membina kontrak pembelajaran individu


KONTRAK PEMBELAJARAN

Sunday, 24 March 2013

RUJUKAN


Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Shok Mee & Mok Soon sang. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: KUMPULAN BUDIMAN SDN. BHD.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, & Ismail Abu Bakar. (1989). Pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan. Selangor:Longman Malaysia.

Mahani Razali, Ramlah Jantan, & Shahabuddin Hashim. (2003). Psikologi Pendidikan.            Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Melissa Kelly. (2013). Bloom’s Taxonomy in the Classroom. Retrieved Mac 4, 2013,        from http://712educators.about.com/od/testconstruction/p/bloomstaxonomy.htm

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran bahasa Melayu sekolah rendah.Selangor:
Penerbitan Multimedia.

See Ngeah Ng. (1991). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional

Saturday, 23 March 2013

AMALI 12


AMALI 12
Soalan amali 12: Membuat penilaian pengalaman pembelajaran di bilik darjah.


Definisi : Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan menggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.

Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian murid atau peserta didik.






Tajuk: Keluarga
KOMPETENSI DASAR
PKN:
menerapkan hidup berdisiplin  di
             rumah.

1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

INDIKATOR
- Menyebutkan keluarga yang tinggal di rumah.
- Memberi contoh hidup berdisiplin di rumah dan
  sekolah.
- Melakukan sikap hormat terhadap orang lain
  (orang tua, guru)
 

LANGKAH PELAKSANAAN
A. Set Induksi:
Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi)

B. Langkah-Langkah Pengajaran:
1. Menceritakan hidup rukun di rumah.
2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah .
6. Menyebutkan manfaat hidup.
7. Menggunakan kata tanya dengan betul.
8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana)
9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat)

C. Penutup:
Bersama-sama menyanyi lagu “Keluargaku Sayang” mengikut Melodi “Bangun Pagi”
Bahan Bantu Mengajar:
1. Kad Kata Tanya
2. Kad Perkataan
3. Kad Huruf
4. Gambar Ahli Keluarga

PENILAIAN:
1. Lisan
2. Bacaan
3. Tulisan
4. Portofolio

Sunday, 17 March 2013

AMALI 11


AMALI 11
Soalan amali 11: Pelajar membuat brosur, iklan, poster, web dan powerpoint berdasarkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.



BROSUR
Definisi:Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.

Fungsi brosur

1. Reka bentuk dan paparan yang salah.
2. Reka bentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Reka bentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.


Tatabahasa:
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik , jelas dan tidak mengandungi kesalahan.


Ilustrasi:
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yangpelbagai, menarik dan sesuai.



Rubrik Penilaian Brosur:
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana(6-8)
3. Cemerlang(9-10)

Kreativiti dan keaslian:
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.








IKLAN
Definisi:Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.


 


ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio







POSTER


Definisi:Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding. 





LAMAN WEB
Definisi:Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.



POWER POINT
DefinisiMicrasoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hinbgga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti “background format”, “drawing” ,”colour”, “transitions” dan “animations”, “drawing tools” dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengenali persembahan yang professional.


Matlamat Power Point ialah menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.


Objektif Power Point ialah merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT . Selain itu, menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru.


Ciri-ciri Power Point :

Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan pelajaran semasa.
Bahan yang dipertandingan mestilah mengikut kriiiiteria seperti berikut:
1. Hasil ciptaan sendiri.
2. Berkonsepkan pembelajaran kendiri.
3. Berasaskan windows.

Contoh Power Point yang telah disediakan

Saturday, 16 March 2013

AMALI 10


AMALI 10
Soalan amali 10: Penilaian aktiviti bahasa (Pilih satu aktiviti bahasa sahaja)
-sajak
-ceramah
-syarahan


SAJAK 

Pembinaan Sajak







CERAMAH

Contoh Instrumen Penilaian Ceramah




SYARAHAN


PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN AKTIVITI BAHASA (SYARAHAN)-Bina Sendiri


Monday, 11 March 2013

AMALI 9


AMALI 9
Soalan amali 9: Penilaian kemahiran mendengar dan bertutur, penilaian kemahiran membaca, dan penilaian kemahiran menulis. (Pilih satu kemahiran sahaja)



PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Wednesday, 6 March 2013

AMALI 8


AMALI 8
Soalan amali 8: Membina instrumen penilaian melalui kertas kerja.


Definisi: Menurut Abd Rahman Abd Rashid (1996) kertas kerja merupakan hasil kerja tentang sesuatu yang dicatat atau ditulis untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam satu bengkel atau seminar.
  • Kerja kerja yang dilakukan haruslah dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah jabatan dan sebagainya.
  • Kertas kerja ditulis dengan tujuan mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti.



INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA
Kertas kerja yang baik hendaklah mengikut format penulisan kertas kerja yang betul. Berikut merupakan ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik.

Ciri-ciri Umum kertas kerja ceramah
  1. Tajuk
  2. Nama penceramah
  3. Nama institusi
  4. Abstrak (sinopsis/ringkasan)
  5. Pengenalan
  6. Perkaedahan
  7. Keputusan
  8. Perbincangan
  9. Rujukan
  10. Lampiran

Ciri-ciri Umum kertas kerja projek/kajian
  1. Tajuk
  2. Rasional
  3. Objektif/matlamat
  4. Jangka masa yang diperlukan
  5. Kumpulan sasaran
  6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian/projek
  7. Kewangan – perbelanjaan yang diperlukan
  8. Penubuhan jawatankuasa
  9. Menentukan jadual tugas
  10. Pelaksanaannya
Format Penulisan Kertas Kerja
  • abstrak
  • pengenalan 
  • objektif
  • petikan
  • senarai rujukan/bibliografi dan  nota rujukan
INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA (BORANG SENARAI SEMAK)

BIL
ASPEK            
Markah
1
Tajuk kertas kerja
2
Nama penulis dan institusi
3
Abstrak
4
Pengenalan kertas kerja
5
Objektif kertas kerja
6
Petikan
7
Senarai rujukan
8
Fromat dan cara menaip mengikut format



Friday, 1 March 2013

AMALI 7


AMALI 7
Soalan amali 7: Membina instrumen penilaian projek.

Definisi: Projek merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan dalam satu tempoh tertentu atau amali.
  • Kebiasaannya, penilaian melalui projek ini memerlukan pelajar mengutip data, menganalisis data dan laporan hasil projek.
  • Penilaian projek ini dapat mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
  •  Penilaian boleh dilakukan pada setiap peringkat atau tahap dalam pelaksanaan projek sehinggalah pada tahap hasil akhir projek.


PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN PROJEK

Thursday, 28 February 2013

AMALI 6


AMALI 6
Soalan amali 6: Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian pelajar. Pelajar membentangkan hasil kerja dalam bentuk tapak pembelajaran.


PENILAIAN PORTFOLIO


Definisi:Satu fail atau folder yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif individu yang menyediakan sesuatu tugasan.

Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul serta merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang telah dipersetujui.


  • Penilai portfolio lebih bersifat terbuka.
  • Hasil tugasan individu akan dipantau melalui perkembangan yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain secara berterusan dan mengikut kriteria yang telah dipersetujui. 
INSTRUMEN PENILAIAN PORTFOLIO YANG TELAH DIBINA





PENILAIAN PEMERHATIAN


Definisi : Satu proses untuk menentukan cara pelajar melakukan sesuatu tugasan dalam masa yang ditentukan.

Penilaian ini sesuai bagi mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar. Penilaian ini bertujuan membekalkan data yang bersifat objektif tentang pelajar dalam menyiapkan tugasan dan cabaran sepanjang proses tersebut. Masalah yang sering timbul semasa penilaian ini ialah ketidakadilan (bias). Oleh itu, bagi mengelakkan ketidakadilan beberapa tindakan haruslah diambil sebagai panduan pelaksanaan penilaian ini.
  • Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
  • Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
  • Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.
Kategori Penilaian Pemerhatian 
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Pelaksanaan Penilaian Pemerhatian
  • Dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang 
  • Menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. 
  • Dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian.
  • Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan.
  • Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

INSTRUMEN PEMERHATIAN YANG DIBINA UNTUK TINGKAH LAKU MURID


Monday, 25 February 2013

AMALI 5


AMALI 5
Soalan amali 5: Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat




UJIAN KEFASIHAN

  • Ujian kefasihan merupakan sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran
  • Ujian ini dijalankan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ujian ini menilai kebolehan umum pelajar terhadap bahasa yang dipelajari dan tidak berdasarkan sesuatu isi pelajaran.
  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.



UJIAN KEMAJUAN
  • Satu ujian yang menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
  • Satu jenis ujian yang ringkas dan hanya untuk kegunaan kelas sahaja. 
  • Hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini mestilah berdasarkan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti dan pengetahuan yang ingin diuji.

Ujian Kemajuan 


UJIAN BAKAT
  • Satu ujian mengesan bakat seseorang dalam  pelajaran dan mengusai kemahiran bahasa asing.
  • Ujian ini melibatkan data-data bahasa yang artifical seperti mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.


Saturday, 23 February 2013

AMALI 4


AMALI 4

Soalan amali 4: Bengkel membina soalan objektif dan subjektif dengan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).


Soalan Objektif


  • Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Soalan Subjektif


  • Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. 
  • Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat sahaja.
  • Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. 
  • Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan.
  • Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. 
  • Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
  • Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. 
  • Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.



JSU yang telah dibina untuk murid tahun 5





set soalan objektif dan subjektif berdasarkan JSU dan JPS yang telah dibina




Tuesday, 19 February 2013

AMALI 3


AMALI 3

Soalan amali 3: Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)



> Sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU yang dikenali
sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri
daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

> Maklumat yang perlu ada dalam JSU

  • Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
  • Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
  • Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
  • Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
  • Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
  • Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Pentingnya Jadual Penentuan Ujian
  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  • Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
  • Memberi panduan untuk membentuk soalan.
  • Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
  • Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.



PEMBINAAN JSU DAN JADUAL PENGAGIHAN SOALAN (JPS)


Pembinaan JSU dan JPS mengikut kumpulam 



Pembinaan JSU dan JPS secara individu



Monday, 11 February 2013

AMALI 2


AMALI 2
Soalan amali 2: Membina soalan Bahasa Melayu mengikut aras Taksonomi Bloom dan Domain.


Definisi: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005) Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisme berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma tersebut.

Mokhtar Ismail (2009) menyatakan Taksonomi sebagai satu sistem mengklasifikasikan benda-benda atau satu skema berbentuk hierarki untuk mengelaskan sesuatu fenomena. Dalam bidang pendidikan pula Taksonomi ditakrifkan sebagai satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

·         Taksonomi tersebut berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
·        Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
·      Selain itu, Taksonomi Bloom juga bercorak hierarki iaitu tahap rendah kepada tahap yang tinggi. Oleh itu, soalan yang dibina adalah dipelbagaikan mengikut aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.



Pembinaan Soalan Mengikut Aras Taksonomi Bloom









Pembentangan amali 2 telah dilaksanakan mengikut kumpulan masing-masing. 




SET SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF YANG TELAH DIBINA MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM



Wednesday, 6 February 2013


TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP

·         Pentaksiran
·         Pengujian
·         Penilaian
·         Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian


Terdapat beberapa ciri-ciri pentaksiran yang baik iaitu:
  1. Skor yang tinggi darjah kesahan.
  2. Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan.
  3. Keobjetifan.
  4. Kebolehtadbiran.
  5. Kemudahtafsiran.
  6. Menyeluruh.


Terdapat banyak lagi maklumat tentang pentaksiran bahasa Melayu yang boleh diketahui seperti berikut:

Pengujian,pentaksiran,penilaian from atraxtra88

RUJUKAN
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran bahasa Melayu sekolah rendah. Selangor:
        Penerbitan Multimedia.
See Ngeah Ng. (1991). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional

 

Blogger news

Blogroll