AMALI
5
Soalan amali 5: Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat
UJIAN KEFASIHAN
- Ujian kefasihan merupakan sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran.
- Ujian ini dijalankan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
- Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
- Ujian ini menilai kebolehan umum pelajar terhadap bahasa yang dipelajari dan tidak berdasarkan sesuatu isi pelajaran.
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
UJIAN KEMAJUAN
- Satu ujian yang menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
- Satu jenis ujian yang ringkas dan hanya untuk kegunaan kelas sahaja.
- Hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini mestilah berdasarkan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti dan pengetahuan yang ingin diuji.
UJIAN BAKAT
- Satu ujian mengesan bakat seseorang dalam pelajaran dan mengusai kemahiran bahasa asing.
- Ujian ini melibatkan data-data bahasa yang artifical seperti mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment