Thursday 28 February 2013

AMALI 6


AMALI 6
Soalan amali 6: Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian pelajar. Pelajar membentangkan hasil kerja dalam bentuk tapak pembelajaran.


PENILAIAN PORTFOLIO


Definisi:Satu fail atau folder yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif individu yang menyediakan sesuatu tugasan.

Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul serta merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang telah dipersetujui.


  • Penilai portfolio lebih bersifat terbuka.
  • Hasil tugasan individu akan dipantau melalui perkembangan yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain secara berterusan dan mengikut kriteria yang telah dipersetujui. 
INSTRUMEN PENILAIAN PORTFOLIO YANG TELAH DIBINA





PENILAIAN PEMERHATIAN


Definisi : Satu proses untuk menentukan cara pelajar melakukan sesuatu tugasan dalam masa yang ditentukan.

Penilaian ini sesuai bagi mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar. Penilaian ini bertujuan membekalkan data yang bersifat objektif tentang pelajar dalam menyiapkan tugasan dan cabaran sepanjang proses tersebut. Masalah yang sering timbul semasa penilaian ini ialah ketidakadilan (bias). Oleh itu, bagi mengelakkan ketidakadilan beberapa tindakan haruslah diambil sebagai panduan pelaksanaan penilaian ini.
  • Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
  • Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
  • Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.
Kategori Penilaian Pemerhatian 
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Pelaksanaan Penilaian Pemerhatian
  • Dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang 
  • Menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. 
  • Dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian.
  • Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan.
  • Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

INSTRUMEN PEMERHATIAN YANG DIBINA UNTUK TINGKAH LAKU MURID


Monday 25 February 2013

AMALI 5


AMALI 5
Soalan amali 5: Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat




UJIAN KEFASIHAN

  • Ujian kefasihan merupakan sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran
  • Ujian ini dijalankan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ujian ini menilai kebolehan umum pelajar terhadap bahasa yang dipelajari dan tidak berdasarkan sesuatu isi pelajaran.
  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.



UJIAN KEMAJUAN
  • Satu ujian yang menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
  • Satu jenis ujian yang ringkas dan hanya untuk kegunaan kelas sahaja. 
  • Hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini mestilah berdasarkan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti dan pengetahuan yang ingin diuji.

Ujian Kemajuan 


UJIAN BAKAT
  • Satu ujian mengesan bakat seseorang dalam  pelajaran dan mengusai kemahiran bahasa asing.
  • Ujian ini melibatkan data-data bahasa yang artifical seperti mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.


Saturday 23 February 2013

AMALI 4


AMALI 4

Soalan amali 4: Bengkel membina soalan objektif dan subjektif dengan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).


Soalan Objektif


  • Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Soalan Subjektif


  • Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. 
  • Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat sahaja.
  • Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. 
  • Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan.
  • Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. 
  • Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
  • Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. 
  • Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.



JSU yang telah dibina untuk murid tahun 5





set soalan objektif dan subjektif berdasarkan JSU dan JPS yang telah dibina




Tuesday 19 February 2013

AMALI 3


AMALI 3

Soalan amali 3: Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)



> Sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU yang dikenali
sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri
daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

> Maklumat yang perlu ada dalam JSU

  • Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
  • Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
  • Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
  • Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
  • Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
  • Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Pentingnya Jadual Penentuan Ujian
  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  • Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
  • Memberi panduan untuk membentuk soalan.
  • Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
  • Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.



PEMBINAAN JSU DAN JADUAL PENGAGIHAN SOALAN (JPS)


Pembinaan JSU dan JPS mengikut kumpulam 



Pembinaan JSU dan JPS secara individu



Monday 11 February 2013

AMALI 2


AMALI 2
Soalan amali 2: Membina soalan Bahasa Melayu mengikut aras Taksonomi Bloom dan Domain.


Definisi: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005) Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisme berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma tersebut.

Mokhtar Ismail (2009) menyatakan Taksonomi sebagai satu sistem mengklasifikasikan benda-benda atau satu skema berbentuk hierarki untuk mengelaskan sesuatu fenomena. Dalam bidang pendidikan pula Taksonomi ditakrifkan sebagai satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.

·         Taksonomi tersebut berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
·        Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
·      Selain itu, Taksonomi Bloom juga bercorak hierarki iaitu tahap rendah kepada tahap yang tinggi. Oleh itu, soalan yang dibina adalah dipelbagaikan mengikut aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.



Pembinaan Soalan Mengikut Aras Taksonomi Bloom









Pembentangan amali 2 telah dilaksanakan mengikut kumpulan masing-masing. 




SET SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF YANG TELAH DIBINA MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM



Wednesday 6 February 2013


TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP

·         Pentaksiran
·         Pengujian
·         Penilaian
·         Perkaitan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian


Terdapat beberapa ciri-ciri pentaksiran yang baik iaitu:
  1. Skor yang tinggi darjah kesahan.
  2. Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan.
  3. Keobjetifan.
  4. Kebolehtadbiran.
  5. Kemudahtafsiran.
  6. Menyeluruh.


Terdapat banyak lagi maklumat tentang pentaksiran bahasa Melayu yang boleh diketahui seperti berikut:

Pengujian,pentaksiran,penilaian from atraxtra88

RUJUKAN
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran bahasa Melayu sekolah rendah. Selangor:
        Penerbitan Multimedia.
See Ngeah Ng. (1991). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional

Sunday 3 February 2013

AMALI 1




AMALI 1

SOALAN AMALI 1:Mengumpul dan Membincangkan Kertas Ujian Bulanan atau Semester dan Akhir Tahun

UJIAN BULANAN

>Ujian bulanan merupakan satu ujian yang dijalankan pada setiap bulan untuk mengukur pencapaian murid dalam menguasai tajuk-tajuk yang diajarkan oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi.

>Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid bagi tajuk-tajuk yang diuji.














 UJIAN AKHIR TAHUN

> Ujian akhir tahun juga merupakan satu ujian yang dijalankan bagi menentukan tahap pencapaian murid dalam tempoh masa satu tahun yang meliputi semua tajuk sebelum memasuki tahap yang seterusnya.

contoh 1:


 

Blogger news

Blogroll