Wednesday 6 March 2013

AMALI 8


AMALI 8
Soalan amali 8: Membina instrumen penilaian melalui kertas kerja.


Definisi: Menurut Abd Rahman Abd Rashid (1996) kertas kerja merupakan hasil kerja tentang sesuatu yang dicatat atau ditulis untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam satu bengkel atau seminar.
  • Kerja kerja yang dilakukan haruslah dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah jabatan dan sebagainya.
  • Kertas kerja ditulis dengan tujuan mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti.



INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA
Kertas kerja yang baik hendaklah mengikut format penulisan kertas kerja yang betul. Berikut merupakan ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik.

Ciri-ciri Umum kertas kerja ceramah
  1. Tajuk
  2. Nama penceramah
  3. Nama institusi
  4. Abstrak (sinopsis/ringkasan)
  5. Pengenalan
  6. Perkaedahan
  7. Keputusan
  8. Perbincangan
  9. Rujukan
  10. Lampiran

Ciri-ciri Umum kertas kerja projek/kajian
  1. Tajuk
  2. Rasional
  3. Objektif/matlamat
  4. Jangka masa yang diperlukan
  5. Kumpulan sasaran
  6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian/projek
  7. Kewangan – perbelanjaan yang diperlukan
  8. Penubuhan jawatankuasa
  9. Menentukan jadual tugas
  10. Pelaksanaannya
Format Penulisan Kertas Kerja
  • abstrak
  • pengenalan 
  • objektif
  • petikan
  • senarai rujukan/bibliografi dan  nota rujukan
INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA (BORANG SENARAI SEMAK)

BIL
ASPEK            
Markah
1
Tajuk kertas kerja
2
Nama penulis dan institusi
3
Abstrak
4
Pengenalan kertas kerja
5
Objektif kertas kerja
6
Petikan
7
Senarai rujukan
8
Fromat dan cara menaip mengikut format



0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll