Monday, 11 March 2013

AMALI 9


AMALI 9
Soalan amali 9: Penilaian kemahiran mendengar dan bertutur, penilaian kemahiran membaca, dan penilaian kemahiran menulis. (Pilih satu kemahiran sahaja)



PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Wednesday, 6 March 2013

AMALI 8


AMALI 8
Soalan amali 8: Membina instrumen penilaian melalui kertas kerja.


Definisi: Menurut Abd Rahman Abd Rashid (1996) kertas kerja merupakan hasil kerja tentang sesuatu yang dicatat atau ditulis untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam satu bengkel atau seminar.
  • Kerja kerja yang dilakukan haruslah dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah jabatan dan sebagainya.
  • Kertas kerja ditulis dengan tujuan mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti.



INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA
Kertas kerja yang baik hendaklah mengikut format penulisan kertas kerja yang betul. Berikut merupakan ciri-ciri penulisan kertas kerja yang baik.

Ciri-ciri Umum kertas kerja ceramah
  1. Tajuk
  2. Nama penceramah
  3. Nama institusi
  4. Abstrak (sinopsis/ringkasan)
  5. Pengenalan
  6. Perkaedahan
  7. Keputusan
  8. Perbincangan
  9. Rujukan
  10. Lampiran

Ciri-ciri Umum kertas kerja projek/kajian
  1. Tajuk
  2. Rasional
  3. Objektif/matlamat
  4. Jangka masa yang diperlukan
  5. Kumpulan sasaran
  6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian/projek
  7. Kewangan – perbelanjaan yang diperlukan
  8. Penubuhan jawatankuasa
  9. Menentukan jadual tugas
  10. Pelaksanaannya
Format Penulisan Kertas Kerja
  • abstrak
  • pengenalan 
  • objektif
  • petikan
  • senarai rujukan/bibliografi dan  nota rujukan
INSTRUMEN PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA (BORANG SENARAI SEMAK)

BIL
ASPEK            
Markah
1
Tajuk kertas kerja
2
Nama penulis dan institusi
3
Abstrak
4
Pengenalan kertas kerja
5
Objektif kertas kerja
6
Petikan
7
Senarai rujukan
8
Fromat dan cara menaip mengikut format



Friday, 1 March 2013

AMALI 7


AMALI 7
Soalan amali 7: Membina instrumen penilaian projek.

Definisi: Projek merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan dalam satu tempoh tertentu atau amali.
  • Kebiasaannya, penilaian melalui projek ini memerlukan pelajar mengutip data, menganalisis data dan laporan hasil projek.
  • Penilaian projek ini dapat mengulkur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
  •  Penilaian boleh dilakukan pada setiap peringkat atau tahap dalam pelaksanaan projek sehinggalah pada tahap hasil akhir projek.


PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN PROJEK

Thursday, 28 February 2013

AMALI 6


AMALI 6
Soalan amali 6: Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian pelajar. Pelajar membentangkan hasil kerja dalam bentuk tapak pembelajaran.


PENILAIAN PORTFOLIO


Definisi:Satu fail atau folder yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif individu yang menyediakan sesuatu tugasan.

Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul serta merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang telah dipersetujui.


  • Penilai portfolio lebih bersifat terbuka.
  • Hasil tugasan individu akan dipantau melalui perkembangan yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain secara berterusan dan mengikut kriteria yang telah dipersetujui. 
INSTRUMEN PENILAIAN PORTFOLIO YANG TELAH DIBINA





PENILAIAN PEMERHATIAN


Definisi : Satu proses untuk menentukan cara pelajar melakukan sesuatu tugasan dalam masa yang ditentukan.

Penilaian ini sesuai bagi mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar. Penilaian ini bertujuan membekalkan data yang bersifat objektif tentang pelajar dalam menyiapkan tugasan dan cabaran sepanjang proses tersebut. Masalah yang sering timbul semasa penilaian ini ialah ketidakadilan (bias). Oleh itu, bagi mengelakkan ketidakadilan beberapa tindakan haruslah diambil sebagai panduan pelaksanaan penilaian ini.
  • Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
  • Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
  • Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.
Kategori Penilaian Pemerhatian 
  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Pelaksanaan Penilaian Pemerhatian
  • Dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang 
  • Menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. 
  • Dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian.
  • Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan.
  • Jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

INSTRUMEN PEMERHATIAN YANG DIBINA UNTUK TINGKAH LAKU MURID


Monday, 25 February 2013

AMALI 5


AMALI 5
Soalan amali 5: Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat




UJIAN KEFASIHAN

  • Ujian kefasihan merupakan sejenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran
  • Ujian ini dijalankan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
  • Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
  • Ujian ini menilai kebolehan umum pelajar terhadap bahasa yang dipelajari dan tidak berdasarkan sesuatu isi pelajaran.
  • Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.



UJIAN KEMAJUAN
  • Satu ujian yang menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
  • Satu jenis ujian yang ringkas dan hanya untuk kegunaan kelas sahaja. 
  • Hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini mestilah berdasarkan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti dan pengetahuan yang ingin diuji.

Ujian Kemajuan 


UJIAN BAKAT
  • Satu ujian mengesan bakat seseorang dalam  pelajaran dan mengusai kemahiran bahasa asing.
  • Ujian ini melibatkan data-data bahasa yang artifical seperti mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.


 

Blogger news

Blogroll